MIDA Resource Centre

Official Website of

MIDA Resource Centre

5/1/2024

FESTIVAL SERAM BUKU PRIMA

Lawatan ke Pameran Jualan Buku dan Merchandise

Tarikh: 5 Januari 2024 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi 12.00 Tengahari
Tempat: Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam

Seramai lapan orang wakil dari Seksyen CSI yang diketuai oleh Puan Wan Noraini Abdul Rahman, Ketua Seksyen CSI telah melawat ke Festival Seram Buku Prima 2024. Objektif lawatan ini adalah sebagai platform pendedahan kepada staf CSI berkenaan karya-karya menarik hasil terbitan syarikat serta dalam masa yang sama dapat menambah ilmu pengetahuan dan jaringan perhubungan pelanggan antara MIDA dan Karangkraf.

12/1/2024

SASSY CLIQUES: BUSINESS ETHIC MEETING COMPETITION

SASSY CLIQUES: BUSINESS ETHIC MEETING COMPETITION

Tarikh: 12 Januari 2024 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi 12.00 Tengahari
Tempat: Pusat Sumber MIDA

Seksyen CSI telah menganjurkan pertandingan ‘Business Ethic Meeting Competition’ diantara pegawai CSI pada 12 Januari 2024. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program CSI Sassy Clique.

Tiga buah kumpulan telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Setiap kumpulan telah mempersembahkan mesyuarat berdasarkan topik yang diberikan pada setiap kumpulan.

17/1/2024

DELTAPATH SYSTEM TRAINING

DELTAPATH SYSTEM TRAINING FOR CUSTOMER SERVICE OFFICERS (OPERATORS) AND CALL CENTRE

Tarikh: 17 Januari 2024 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi 12.00 Tengahari
Tempat: Bilik Latihan Gamma, Tingkat 13 MIDA

Seksyen CSI dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat dan Syarikat Maxis Communications Berhad telah mengadakan latihan berkenaan Sistem Deltapath. Sistem ini diguna pakai oleh pegawai Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan, Seksyen CSI untuk menerima dan memantau panggilan-panggilan luar yang diterima oleh MIDA.

Taklimat telah diberi oleh Encik Noor Azmi Ab Rahman, Jurutera Bunyi (Sound Engineer) dari Maxis Communications Berhad.